Thursday, October 8, 2015

BLOK

Cara Menyediakan Bingkai Blok

Untuk membuat bingkai blok yang sederhana besar anda memerlukan bahan-bahan seperti berikut:

i. Kayu saiz 1" x 2" = 2 batang, 16' panjang dan 2 batang 12' panjang
ii. Gam Kayu
iii. Paku

Cara-Caranya 

Tiap tiap hujung dan tepi kayu hendaklah digamkan terlebih dahulu dan biarkan ia kering sambungannya.
Apabila semuanya disambungkan, ia akan berbentuk sebuah bingkai empat segi panjang.
Paku setiap hujung sambungan bingkai itu. Kini rangka blok cetak anda telah siap dan langkah seterusnya ialah memasang kain sutera di bingkai blok cetak tersebut.

Memasang Jaring Pada Bingkai Blok

Ambil Jaring Sutera, kemudian potong jaring tersebut mengikut saiz bingkai blok ( saiz jaring hendaklah lebih besar sedikit dari saiz bingkai blok).
Langkah seterusnya ialah memasang jaring tersebut di bingkai blok. Ia terbahagi pada 4 bahagian iaitu :

BAHAGIAN A

Tegakan blok du, kemudian dengan menggunakan stepler Gun, steplerkannya dengan jarak 2 inci hingga ke hujung bahagian itu.

BAHAGIAN B

Tarik jaring itu hingga ke tegangan yang paling maximum dan steplerkannya. Lakukan cara yang sama seterusnya dengan jarak yang sama hingga ke hujung bahagian.

BAHAGIAN C

Untuk bahagian C, caranya sama dengan cara bahagian A.

BAHAGIAN D
Bahagian ini sama caranya dengan bahagian B.

sumber : http://arezyzy.tripod.com/id1.html

No comments:

Post a Comment