Thursday, October 8, 2015

Senarai Kursus Cetak Baju

AKK PRINTING ENTERPRISE

kursus 1

WAKTU URUSNIAGA:
Isnin - Jumaat: 9.00pagi - 7.00petang
Sabtu: 9.00pagi - 12tgh hari
Ahad dan Cuti Umum: Tutup

Alamat Kedai:
47-2 Jalan Nautika B U20/B,
TSB Comercial Centre,
40160 Sg Buloh Selangor.

Hubungi:
Pejabat: 03-6141 0885

Pihak kami ada mengadakan kursus asas cetak baju – silkscreen bagi mereka yang ingin menambah pendapatan dalam bidang printing tshirt. Kelas akan diadakan pada hari sabtu yang akan ditetapkan oleh pihak kami.
Kursus asas cetak baju mengandungi:

20% Teori-

  1. Pengenalan / asas alat printing
  2. Asas adobe illustration untuk buat filem dan pengasingan warna dengan mudah dan cepat
  3. Asas marketing (cara promosi yang berkesan)
  4. Pengenalan pembekal-pembekal tshirt dan bahan cetakkan.
80% Practical (DO IT ON YOUR OWN)
  1. Marking set untuk lebih dari 1 warna yang berkesan
  2. cara bancuh dye untuk penghasilan warna sekunder
  3. Cara menarik squeeze dengan betul.
  4. Cara untuk membasuh blok degan betul
  5. Tip-tips yang berkaitan dengan printing tshirt

BLOK

Cara Menyediakan Bingkai Blok

Untuk membuat bingkai blok yang sederhana besar anda memerlukan bahan-bahan seperti berikut:

i. Kayu saiz 1" x 2" = 2 batang, 16' panjang dan 2 batang 12' panjang
ii. Gam Kayu
iii. Paku

Cara-Caranya 

Tiap tiap hujung dan tepi kayu hendaklah digamkan terlebih dahulu dan biarkan ia kering sambungannya.
Apabila semuanya disambungkan, ia akan berbentuk sebuah bingkai empat segi panjang.
Paku setiap hujung sambungan bingkai itu. Kini rangka blok cetak anda telah siap dan langkah seterusnya ialah memasang kain sutera di bingkai blok cetak tersebut.

Memasang Jaring Pada Bingkai Blok

Ambil Jaring Sutera, kemudian potong jaring tersebut mengikut saiz bingkai blok ( saiz jaring hendaklah lebih besar sedikit dari saiz bingkai blok).
Langkah seterusnya ialah memasang jaring tersebut di bingkai blok. Ia terbahagi pada 4 bahagian iaitu :

BAHAGIAN A

Tegakan blok du, kemudian dengan menggunakan stepler Gun, steplerkannya dengan jarak 2 inci hingga ke hujung bahagian itu.

BAHAGIAN B

Tarik jaring itu hingga ke tegangan yang paling maximum dan steplerkannya. Lakukan cara yang sama seterusnya dengan jarak yang sama hingga ke hujung bahagian.

BAHAGIAN C

Untuk bahagian C, caranya sama dengan cara bahagian A.

BAHAGIAN D
Bahagian ini sama caranya dengan bahagian B.

sumber : http://arezyzy.tripod.com/id1.html

JARING SUTERA / MESH

Ada beberapa jenis jaring sutera yang ada di pasaran sekarang antaranya Swiss Batting Cloth, American Silk, Japanese Silk, Swiss Taffeta, Nylon dan Vinyon Silk.

Jaring sutera yang baik adalah lebih halus, lembut dan apabila ditarik pada tegangan yang paling maximum, ia tidak akan koyak. la mungkin agak mahal sedikit tetapi hasilnya sungguh bermutu tinggi dan ia akan kelihatan menjadi murah apabila anda menggunakannya berulang kali.

Jaring sutera dikeluarkan di dalam berbagai gred. Grednya ditentukan melalui bilangan benangnya dalam 1 inci persegi. Contoh-contohnya ialah TG 800, TG 1000 dan TG1200. Lebih tinggi gred adalah lebih baik, halus, lembut dan lebih mahal.

a).  TG 800

Jaringnya agak kasar dan jarang digunakan oleh pencetak-pencetak Profesional tetapi ia sesuai untuk Teknik Stencil.

b) TG 1000

Lebih baik dari TG 800. Kehalusannya sederhana, boleh digunakan pada Teknik   Photo Emulsion. Untuk penghasilan imej yang besar dan kasar, jaring ini sesuai    digunakan.

c)TG 1200


Jaring ini paling popular digunakan di dalam industri percetakan TShirt. Sungguh sesuai digunakan pada Teknik Photo Emulsion yang perlu menghasilkan Imej   yang halus dan hasilnya sungguh bermutu tinggi.

sumber: http://arezyzy.tripod.com/id1.html

Apa itu SILKSCREEN?

Cetak saring merupakan teknik cetakan yang menggunakan jaringan beranyam bagi menyokong stensil ketulan dakwat. Stensil dilekatkan membentuk kawasan saringan terbuka yang memindahkan dakwat dan bahan cetakan lain yang boleh ditekan melalui saringan sebagai gambar jelas pada sesuatu substrat. Satu bilah atau berspan disapu merentasi saringan stensil, memaksa atau mengepam dakwat pada bukaan jaringan bagi tindakan kapilari semasa sapuan span.
Cetak saring juga merupakan kaedah stensil bagi menghasilkan cetakan pada skrin poliester atau saringan halus yang lain, dengan bahagian kosong disalut dengan bahan tidak telus, dan dakwat dipaksa melalui bukaan saringan dengan bilah pengisi atau span pada permukaan dicetaksemasa sapuan berspan. Ia juga dikenali sebagai saringan sutera, serigrafi, dan cetakan serigraf. Ia juga boleh mencetak lebih dari satu warna, sebagai contoh cetakan berbelang.

Rekabentuk saringan sutera

Terdapat pelbagai teknik percetakan yang boleh diaplikasi ke atas medium berunsurkan fabrik. Antara teknik percetakan yang ketara dan digunakan secaRa meluas dalam industri fesyen @ pakaian, termasuklah:
  1. DTG ( direct to garment ).
  2. Heat Transfer
  3. Screen Print
Screen Print @ Silkscreen printing dikenali sebagai teknik Sutera Saring @ Jaring. Kelebihan teknik ini boleh diaplikasikan keatas apa saja jenis permukaan dan media, dan tidak khusus kepada medium fabrik @ baju sahaja. Contoh lain seperti, kertas @ kotak dan buku, gelas, plastik, dan apa sahaja.
Hampir semua syarikat / kilang percetakan baju khususnya pula akan menawarkan teknik Screen Print oleh kerana modal pusingan serta kosnya yang minima berbanding teknik-teknik yang lain. Maka secara tidak langsung harga runcit bagi satu projek cetakan bagi pelanggan-pelanggan menjadi murah dan bajet yang mampu bayar. Selain dari cabang perniagaan, teknik ini juga sesuai bagi riadah dan hobi oleh kerana ia mudah dipelajari, kos rendah sederhana, malahan sebahagian peralatan boleh diadakan atau diperbaharukan melalui D.I.Y.
Terdapat 2 kaedah utama bagi aplikasi Sutera Saring:
  1. Kaedah Stencil
  2. Kaedah Expose

Antara bahan @ Peralatan Asas yang diperlukan:
  1. Rekaan dalam bentuk 'hard copy' (film)
  2. Bingkai (Screen Frame @ Blok)
  3. Jaring (Mesh)
  4. Papan rata (Board @ Pallette) + Pelekat (adhesive @ gum)
  5. Penarik Dakwat @ Sekuji (squeegee)
  6. Dakwat
  7. Emulsi Foto / Cahaya (tambahan bagi kaedah Expose)
  8. Kotak Cahaya / Lampu (Expose Unit) (tambahan bagi kaedah Expose)


sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Cetak_saring